"APA ITU MAKRIFAT? MAKRIFATULLAH! ILMU PARA WALI-WALI DAN GOLONGAN SAUFI!"
"MENGENALI, MENCARI, DIMANA ALLAH, APA ITU USULUDDIN?, MAKRIFAT, ALAM INSAN, ALAM ROH, ZAHIR DAN BATHIN, SIRR, RAHSIA KEINSANAN, ISLAM SEJATI."
Ada pun makrifat itu rahsianya ialah mengenal Zat Allah dan Zat Rasulullah, oleh kerana itulah makrifat dimulakan:
APA GUNA MAKRIFAT?
Ada pun guna makrifat kerana mencari HAKIKAT iaitu mengenal yang Qadim dan mengenal yang baharu sebagaimana kata:
"BAITULLAH KALBU MUKMININ"
Sesungguhnya hati ini sewaktu bayi sehingga aqil baliq diibaratkan bunga yang sedang menguntum,tidak ada seekor ulat atau kumbang yang dapat menjelajahnya!apabila dewasa (aqil baliq) maka hati itu ibaratkan bunga yang sedang mengembang,maka masuklah ulat dan kumbang menjelajah bunga itu!
Sesungguhnya amalan makrifat dan zikir yang dibaiah itu adalah untuk membersihkan hati agar dapat menguntum semula seperti hati kanak-kanak yang suci-bersih!
Hati ini juga seperti satu bekas menyimpan gula yang tertutup rapat dan dijaga dengan baik!sekiranya tutup itu tidak jaga dengan baik atau tutupnya sudah rosak,maka masuklah semut hitam yang sememangnya gula itu makanannya!
"PEPERANGAN"
Peperangan yang lebih besar dari perang UHUD, KHANDAK dan lain-lain peperangan ialah "Peperangan dalam diri sendiri (Hati)", setiap saat denyut jantung ku ini, aku akan terus berperang.Sesungguhnya iblis itu menanti saat dan ketika untuk merosakkan anak Adam !Sekiranya aku tidak ada bersenjata (zikir), nescaya aku pasti kecundang!
Keluar masuk nafas anak Adam adalah zikir! 6,666 sehari semalam nafas keluar dan masuk, sekiranya anak Adam tidak bersenjata, pasti ia kecundang!
ASAL USUL MAKRIFAT
Rasulullah SAW mengajar kepada sahabatnya Saidina Ali Karamullah.
Saidina Ali Karamullah mengajar kepada Imam Abu Hassan Basri.
Imam Abu Hassan Basri mengajar kepada Habib An Najmi.
Habib An Najmi mengajar kepada Daud Attaie.
Daud Attaie mengajar kepada Maaruf Al Karhi.
Maaruf Al Karhi mengajar kepada Sirris Sakatari.
Sirris Sakatari mengajar kepada Daud Assakatar.
Daud Assakatar mengajar kepada Al Junidi.
Maka Al Junidi yang terkenal sebagai pengasas MAKRIFAT.
Maka pancaran makrifat itu dari empat sumber iaitu:
Maka dari sumber amalan itulah terbit makrifat yang tinggi dan mempunyai rahsia yang sulit.
DARI BUKU MENGENAL ROH JILID II,OLIH HJ.A.TALIB NAIEM AS SAUPI)
ACARA MAKRIFAT
(Dari Mengenal Roh Jilid II Oleh Hj.A.Talib Naiem As Saupi)
Kaedah-kaedah makrifat yang tertentu didalam satu tujuan dan maksud serta amalan adalah mempunyai tata tertib yang tertentu, menurut Musyaikh masing-masing.
oleh kerana itulah didalam ajaran Makrifat atau Roh ertinya mempelajari Ilmu Makrifat atau Roh tidak boleh mempunyai dua syeikh akibatnya:
- Sia-sia,tidak mendapat Taufik atau Hidayah.
- Gila Isim.
Adapun Ilmu Hakikat itulah yang dirahsiakan oleh para Wali-Wali Allah dan Ulamak Mursyidin.
Orang-orang yang telah sampai pada Makrifat Roh ialah menuju kepada Makrifat Sirr.Orang-orang yang didalam pelajaran atau beramal dengan Makrifat Kalbun tidak diharuskan mempunyai dua Syeikh,kerana Makrifat Kalbun itu adalah permulaan.
Didalam Makrifat Kalbun itu ialah supaya dapat kepada:
- FUAD
Setelah ada Fuad maka menuju kepada yang lebih tinggi iaitu Kalbun.
Setelah seseorang itu ada Fuad dan Kalbun maka barulah ada kepada nya hati yang bernama Kalbi atau Latifah Kalbi.
Setelah orang itu ada Kalbi ertinya dia adalah seorang Mukmin yang de-facto disisi Allah dan kepadanya Roh yang bernama Rohani dan jiwanya yang bernama Mutmainah.
Dengan itu tamatlah Makrifat Kalbun kepadanya dan melangkah pada Makrifat Roh. Maka hijab yang amat besar diantara Rohani dengan nyawanya yang bernama Roh Izapi ialah Rohul Kudus.
Barangsiapa yang tidak sampai kepada Rohul Kudus maka tidaklah sampai kepada Roh Izapi.
Maka apa yang disebutkan itu ialah Makrifat Roh. Barangsiapa yang telah sampai kepada darjat Makrifat Roh baharulah Allah Ta'ala anugerahkan kepadanya Makrifat Sirr.
Maka barangsiapa yang Allah telah anugerahlkan kepadanya Makrifat Sirr, maka barulah terbuka hijab yang menuju kepada Wahdatul Ujud atau Sirrul Ujud, samada Makrifat Hulul baikpun Makrifat Ittihad.
Orang yang mula mencetuskan kembali ajaran Makrifat itu ialah, Al Junidi Al Baghdadi, beliau adalah Ghauth dalam zamannya.
MENGENAL MAKRIFAT.
Dinamakan Makrifat itu ialah:
- Mengetahui dari mula sampai akhir.
- Nampak terbentang luas dan nyata.
- Renong dengan mata kepala sendiri.
- Renong dengan mata hati.
Maka sebaik-baik makrifat itu dinamakan ZUK.
Maka semulia-mulia makrifat itu dinamakan MAJZUB.
Maka makrifat itu terbahagi enam perkara iaitu:
- Makrifat KALBUN ertinya renungan hati.
- Makrifat ROH ertinya renungan roh.
- Makrifat SIRR ertinya renungan rahsia.
- Makrifat DAIM ertinya mengenal diri.
- Makrifat HULUL ertinya renungan Wahdatul Ujud.
- Makrifat ITTIHAD ertinya renungan Wahdatul Ujud.
Adapun guna MAKRIFAT itu ialah tiga perkara, iaitu:
- Makrifat dirinya.
- Makrifat hamba.
- Makrifat ketuhanan.
Beliau terkenal dengan nama Ahli Makrifat Ittihad. Maka muridnya yang bernama Ibni Khilaj terkenal dengan nama Ahli Makrifat Hulul.
PINTU MAKRIFAT
Pintu Makrifat itu empat:
Pintu Makrifat orang-orang Syariat sama ada mengetahui atau tidak, ialah lubang mulutnya.
Pintu Makrifat orang-orang Tarekat adalah lubang hidungnya.
Pintu Makrifat orang-orang Hakikat ialah dua biji matanya.
Pintu Makrifat orang-orang Makrifat diantara dua keningnya, yang dinamakan wajah.
ATURAN MEMPELAJARI MAKRIFAT.
- Taat pada Allah Ta'ala.
- Jangan Putus asa.
- Jangan besar hati.
- Jangan takbur.
- Berharap pada Allah Ta'ala untuk mendapat Hidayat atau Taufik.
- Redha menyerahkan diri pada hukum Allah.
MAKRIFAT EMPAT PERKARA.
- Makrifat Syariat ---- kajian zahir sahaja.
- Makrifat Tarekat ---- kajian batin.
- Makrifat Hakikat ---- kajian ghaib.
- Makrifat Sirr ---- kajian rahsia.
Adapun makrifat tarekat itu makrifat diri yang terdiri (hati).
Adapun makrifat hakikat itu makrifat diri yang terperi (nyawa).
Adapun makrifat sirr itu makrifat diri yang azali (rahsia).
Adapun guna makrifat itu mencari hakikat yang Kamil, oleh kerana itulah apabila telah jadi Ahli Hakikat yang Kamil atau dinamakan Ahli Laduni dan termasuk bilangan Ariffin Billah yang besar maka tidak ada makrifat lagi padanya.
Orang-orang yang sedemikian rupa adalah termasuk bilangan martabat Wasil.
Adapun hakikat yang belum kamil dinamakan:
- Ahli Kasyap itu setingi-tinggi makrifat.
- Ahli Zuki itu sebaik-baik makrifat.
- Ahli Majzub itu semulia-mulia makrifat.
Maka Ahli Makrifat yang mempunyai darjat yang tinggi dinamakan iaitu:
- Ahli Musyahadah.
- Ahli Insaniah.
- Ahli Rohaniah.
- Ahli Jirim.
Sungguh berlainan nama dan berlainan pancaran tetapi adalah mempunyai sama taraf dan darjat sebagai orang-orang yang telah dipilih Allah.
Maka bawah daripada empat pancaran yang tersebut dinamakan Makrifat Kalbun. Adapun Kalbun itu ialah Roh. Adapun kadar makrifat kalbun ini atau makrifat permulaan, maka bagi mereka yang tersebut itu menghendaki ada mempunyai sahabat.
Sahabat-sahabatnya ialah yang didalam dirinya yang dinamakan Fuad.
FUAD
Adapun FUAD itu ialah ROH. Apabila seseorang itu telah bersahabat dengan Fuad dan mengenal Fuad, maka Fuad itulah yang memberitahu sesuatu apa yang ditanyanya dengan syarat jangan ditekan atau dipengaruhi dengan sesuatu kepada Fuad itu.
Jelasnya hendaklah Fuad itu dikosongkan. Maka Fuad itulah yang memberitahu dengan rengkasnya, umpama SiAnu itu jahat, SiAnu itu tidak amanah, SiAnu itu munafik. Maka kata-katanya itu hendaklah dituruti dan jangan cuba alihkan dan jangan berbohong.
Kerana apa yang dikatakan Fuad itu tidak boleh dusta. Untuk bersahabat dengan Fuad itu maka ma'rifat itulah yang perlu menurut sebagaimana peraturan dan cara-cara dari seorang Syeikh atau Khalifah, kerana tiap-tiap Syeikh dan Khalifah ada Musyaikhnya.
Dan tiap-tiap Musyaikh itu ada Syeikh Ul Musyaikhnya. Maka hubungan Musyaikh dengan kadar-kadar itu adalah pada Fuad. Oleh itu kajian Fuad hendaklah masak.
Adapun Fuad itu untuk hal ehwal keduniaan. Adapun Kalbun itu untuk hal ehwal akhirat. Seorang yang ada Fuad ertinya dapat berhubung dengan Fuadnya, dia adalah seorang muslim yang de-facto, maka seseorang yang ada Kalbun ertinya dapat berhubung dengan Kalbunnya,
dia adalah seorang Mukmin yang de-facto.Maka barangsiapa yang ada mempunyai Fuad dan Kalbun maka darjat hatinya dinamakan Hati Jamal atau Kalbi iani Aghyar maka dinamakan celik iaitu sudah celik dua mata hatinya, maka orang yang demikian rupalah orang yang telah sempurna Mukminnya.
Adapun Fuad itu rupanya ibarat kelumpang telur yang putih dan ia diam dalam jantung. Maka jantung itu terbahagi dua:
- Dinamakan jantung sinobari, rumah syaitan dan bangsa syaitan.
- Dinamakan jantung nurani dan jasmani itu rumahnya yang sebenarnya ialah didalam Fuad.
Firman Allah: "Tidak berdusta apa yang dikatakan oleh Fuad".
Maka tangga pertama pada ahli ma'rifat kalbun ialah bersahabat baik dengan Fuad. Pada Fuadlah tempat bertanyakan sesuatu yang dimusykilkan berkenaan dengan apa jua pekerjaan, iaitu urusan keduniaan. Kalau hendak bersahabat dengan Fuad maka cara-cara dan tata tertibnya baikpun doa-doanya, wiridnya hendaklah dipelajari pada seorang guru yang Mursyid.Maka hendakalah dipatuhi dan diamalkan oleh kadar-kadar ma'rifat itu hingga Allah memberikan faham cahayaNya. Maka tempat Fuad yang kotor itu hendaklah dicuci terlebih dahulu hingga segala kotor-kotor, karat-karat dan sampah sarap yang ada didalamnya itu tidak ada lagi, baharulah jantung itu ibarat permata telah bersinar kembali cahayanya! Maka pencuci kotor dan karat yang didalam jantung itu ialah dengan Ayer Nur.
Untuk mengetahui Ayer Nur itu hendaklah belajar pada guru yang Mursyid. Guru-guru sifat puluh, guru-guru Aka'idal Iman, tidak ada pengetahuan berkenaan dengan Ayer Nurani itu.Mencuci tubuh zahir dengan ayer, mencuci Fuad dengan Ayer Nur, mencuci tubuh batin itu dengan Mujahidah, atau Ayer Utama Jiwa. Adapun Ayer Utama Jiwa itu bukan ada didalam bukit-bukit sebagaimana dusta khayal pena pengarang cerpen Iskandar Zulkarnain dengan Nabi Khidir. Adapun Ayer Utama Jiwa itu ada didalam tubuh batin manusia sendiri. Maka Ayer Utama Jiwa itulah yang mencucikan.
SERUAN PADA WALI SEMBILAN DUNIA.
- Assalamalaika Ya Ghauth Paukal Ka'bah,
Doa hamba kehadrat Rabbul Alamin,
Supaya hamba mertabat Muhibbah,
Insya'allah hamba ibadat Sallehin. - Assalamualaikum Ya Autad,
Doakan hamba mendapat berkat,
Umat Islam muafakat,
Hati hamba dengan Nur Makrifat. - Assalamualaikum Ya Akhpia,
Doakan hamba berisma' Aspia,
jiwa hamba mertabat Mutmainnah,
Diakhirat terjauh dari fitnah. - Assalamualaikum Ya Ghuraba',
Doakan hamba supaya Mubarak,
Jasad, hati, nyawa, jadi suci.
Kehadrat Allah hamba berbakti. - Assalamualaikum Ya Akhbar,
Kehadrat Allah tolonglah khabar,
Supaya hamba berdarjat sabar,
Jadi Mukmin yang Muktabar. - Assalamualaikum Ya Ahiar,
Doakan hamba jadi Aghiar,
Supaya ibadat dengan takwa,
Terjauh daripada makanan Hawa. - Assalamualaikum Ya Afrad,
Doakan hamba kehadrat Allah Ahad,
Semoga hamba dalam 'Afiat,
Dapat mengerjakan amal ibadat. - Assalamualaikum Ya Nukba,
Doakanlah hamba supaya Istiqimah,
Aib diri hamba supaya nampak,
Menerima Nurul Hadi menjadi Mukaddamah. - Assalamualaikum Ya Immad,
kehadrat Allah tolonglah semat,
Dunia akhirat hamba selamat,
Masuk naungan panji Muhammad. - Tuan-Tuan para Wali-Wali,
Kekasih Tuhan yang azali,
Ya Kekasih Allah, Ya Kekasih Allah,
Ya Wakil Allah, Ya Wakil Allah,
Yang penuh setia, taat pada Rasulullah.
MARTABAT TUJUH.
Wujud Allah Ta'ala yang wajibul-wujud yang Esa dapat dikenal dengan tujuh martabat (tingkatan) : - Ahadiyyatul ahadiyyah/ an-la ta'ayyun/ al-ithlaq/ dzatul-baht:
Keadaan semata-mata wujud zat (esensi) Allah subhanahu wata'ala yang Esa, yakni memandang dengan hatinya akan semata-mata wujud zat (esensi) Allah ta'ala dengan tiada ikhtibar sifatNya dan Asma (nama-nama) Nya dan Afa'al (perbuatan-perbuatan) Nya. - Al-Wahidah/ at-ta'ayyun al-awwal/ haqiqat al-muhammadiyah:
Yaitu ibarat daripada ilmu Allah ta'ala dengan wujud zat (esensi) Nya dan segala sifatNya dan segala yang maujud atas jalan perhimpunan, dengan tiada beza setengahnya dengan setengah(Nya). - Al-wahidiyah/ haqiqat al-insaniyyah.
Yaitu ibarat daripada ilmu Allah ta'ala mengenai zat (esensi) Nya dan segala sifatNya dan segala makhluk atas jalan perceraiannya setengahnya daripada setengahnya. - Alam al-arwah.
Martabat yang keempat ini dinamakan pula Nur Muhammad SAW. yaitu ibarat daripada keadaan suatu yang halus yang semat-mata,yang belum menerima susun dan belum berbeza setengahnya (daripada setengahnya). - Alam al-misal.
Yaitu ibarat daripada keadaan suatu yang halus, yang tiada menerima susun, yang tiada dapat diceraikan setengahnya daripada setengahnya,
dan tiada menerima pesuk dan tiada menerima bertampal. Perceraian daripada roh yang tersebut itu, kerana asal roh itu satu jua, maka berbilang-bilang didalam itu dengan beberapa rupa yang berbeza rupanya, maka yaitu dinamakan alam misal, dan dimisalkan oleh kaum sufi akan alam roh itu laut dan alam misal itu seperti ombak yang didalamnya. - 'Alam al-ajsam.
Yaitu ibarat daripada keadaan suatu yang dipersusun daripada empat perkara, yakni dipersusun daripada api dan angin, dan tanah dan air, sekalian yang kasar yang menerima bersusun dan bercerai-cerai setengahnya daripada setengahnya. - 'Alam al-jami'ah.
Yaitu martabat yang menghimpunkan sekalian martabat yang enam dahulu itu, yaitu martabat Al-insan, dan dinamakan pula akan martabat yang ketujuh ini akan martabat at-ta'ayyun Al-akhir, yakni kenyataan zahir Allah ta'ala yang kemudian sekali.
(dipetik dari ajaran Syaikh 'Abdus-Samad Al-Palimbani ulama Plembang Abad ke-18 masehi)