Thursday 14 July 2011

Tangung Jawab Pembaca dan Penciplak

Assalammualaikum Para Pembaca Budiman,

Tujuan blog ini bukan untuk mengutip keuntungan atau menyebarkan fitnah dan juga menggangu gugat NEGERA KU YANG TERCINTA ini. Setiap yang ditulis pasti ada akibatnya, moga setiap yang diceritakan mendapat manafaat bersama dan bertujuan membuka minda pembaca dan juga pencari yang dahagakan cerita-certa yang membuka hati dan memberikan kepuasan rohani.

Sekiranya para pembaca dan pencari budiman mengambil sebarang tulisan dari dalam blog ini, anda bertanggung jawab keatas apa yang diciplak dan menjadikan pendorong kepada kepentingan anda dan kumpulan anda dalam politik juga pencetus kemarahan insan yang terdorong dengan tindakkan anda.
Janganlah anda jadikan kata-kata yang diciplak sebagai perlindungan anda dan kumpulan anda dari hasutan yang anda sebarkan.

Sebagai seorang insan anda bertanggungjawab meminta izin dahulu setiap apa yang anda ingin ciplak dan menjadikan isi blog anda sendiri dari pemilik blog ini. Dari website saya terdahulu ada yang mengambil atau menciplak dan mengunakan isi tersebut untuk kepentingan politik dan berselindung dengan kata-kata kesufian. ALLAH AZWAJALLAH mengetahui setiap niat yang ada didalam hati anda. "Aku lebih dekat dari urat amrih kamu". Bertangung jawablah anda kerana anda akan diadili keatas setiap nawaitu anda.


Wassalam wahai para pembaca dan pencari budiman.